Wednesday, October 7, 2009

ARCHERY EQUIPMENT AND ACCESSORIES



Tuesday, April 21, 2009

BERAT TIMBANG BADAN...

Apa yang perlu anda tahu?



Indeks Jisim Badan (BMI) (Bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan fomula untuk menilai berat serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.

Status BMI
Kurang 20.6

Normal 20.7 - 26.4

Gemuk 26.5 - 30.9

Obesiti 31.0 - 45.2

Bahaya Lebih 45.3


Untuk mengetahui samada berat badan anda ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan dalam kilogram (kg) dan tinggi anda dalam meter (m)




BMI = berat (kg)
---------------------------
tinggi (m) x tinggi (m)




ANDA BOLEHLAH MELIHAT CARTA DI ATAS BAGI MENENTUKAN SAMADA ANDA TERGOLONG DALAM KATEGORI GEMUK ATAU TERLALU KURUS.

Friday, February 27, 2009

TEMPAHAN T-SHIRT

Kepada individu, persatuan, kelab, jabatan kerajaan/ swasta, maktab-maktab, universiti-universiti dan pelbagai agensi yang ingin mendapatkan khidmat nasihat mengenai berbagai jenis sukan. Ingin menempah jersey, t-shirt pelabagai material, alatan sukan dan perkhidmatan juru runding, kami dengan besar hati mempelawa tuan-puan berurusan terus dengan menghubungi kami melalui talian dan alamat yang tertera. Pegawai kami yang berpengalaman luas akan melayani dengan mesra dan memberi khidmat yang diinginkan. Dengan kadar harga yang berpatutan dan pasti memuaskan hati pelanggan semua.

Monday, February 16, 2009

FITBALL


Fitball diperkenalkan pada awal 70-an oleh Pakar terapi fizikal di Switzerland bagi program latihan terapeutik bagi tujuan kecergasan. Namun di Amerika pula, ia dicipta untuk program pemulihan (rehabilitasi) yang sesuai untuk golongan pesakit. Aktiviti menggunakan 'fitball' amat sesuai untuk semua tahap kecergasan dan peringkat umur kerana ia dapat dilaksanakan dengan pelbagai teknik mudah. Keberkesanannya juga terbukti bagi latihan kemantapan, kestabilan, kekuatan otot dan tulang terutamanya bagi pembentukan tulang belakang.


Kebaikan Menggunakan Fitball

  • Aktiviti fizikal berintensiti rendah dan sederhana yang mampu memberi kesan optimum.
  • Meningkatkan keseimbagan, koordinasi dan ketangkasan tubuh badan.
  • Memfokuskan kepada kekuatan otot.
  • Membantu meningkatkan stamina.
  • Senang dibawa dan boleh dilakukan dirumah, pejabat dan di mana sahaja.